<link rel="me" href="https://www.blogger.com/profile/05593889173838283410" /> <meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7361369826637660353?origin\x3dhttp://dakwah-is-love.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Islam is not just a religion,
Wednesday, October 2, 2013 @ 11:22 PM
Usrah (Taaruf)
Semalam saya menemui seorang ahli 'keluarga' saya yang amat saya cintai dan sayang, dan beliau telah mengajar saya 3 perkara yang amat besar maknanya dalam pembikinan sebuah usrah. Perkongsian yang ringkas tapi padat, dan alhamdulillah, hikmahnya dapat diterima dengan mudah daripada beliau.

Sebagaimana kita tahu, asy-Syahid Imam Hassan al-Banna telah mengemukakan mengenai isu pentingnya sebuah 'usrah' iaitu keluarga diwujudkan dalam masyarakat kita dalam menapaki jalan dakwah kita yang sungguh payah di masa kini. Mana tidaknya, diskriminasi dan seklusi masyarakat kini mengenai perihal agama telah mengehadkan jalan dakwah kita. Oleh itu, Hassan al-Banna (IHAB) telah mengambil inisiatif untuk membukukan (atau lebih elok lagi, mempraktikkan) satu gerakan 'usrah Islamiyah'.

IHAB telah mengeluarkan 3 hukum untuk menjayakan sesebuah usrah. Hukum 3T.
1) Ta'aruf
2) Tafahum
3) Takaful

Saya adalah seorang ahli usrah, seorang mad'u, dan seorang mutarabbi, maka saya tidaklah begitu fasih dalam hal kemurabbian, tetapi, saya tak nak mengehadkan kapasiti akal saya dan mengatakan "Cukuplah saya masuk usrah dan jadi mad'u. Saya tak layak lagi nak jadi dai'e dan murabbi ni.". Peluh kecil.

Dalam usrah, kita telah diajarkan mengenai tujuan hidup, iaitu 2:30 dan 51:56, di mana kita disarankan dan ditegaskan untuk melaksanakan tugas kita sebagai seorang 'abid (orang yang mengabdikan diri sepenuh dan secara total kepada Allah iaitu beribadat) dan sebagai seorang khalifah (di mana kita ditegaskan untuk menyebarkan risalah al-Quran dan as-Sunnah di muka bumi ini, dan juga untuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar). Yang saya ingin tekankan kat sini adalah kenyataan di mana apabila kita telah melafazkan syahadah, kita sudah berikrar dan angkat sumpah untuk menjadi both 'abid and khalifah! Makanya, apakah wajar kita hanya ingin menjadi orang yang menerima? Sebabnya, khalifah bukan hanya menerima ilmu dan tarbiyah, tetapi seorang khalifah itu menyebar dan memperluaskan lagi ilmu dan mentarbiyah juga. Ia ibarat komunikasi dua hala, tetapi selalunya, saya akan menerangkannya sebagai komunikasi 3 hala. Mengapa? Tarbiyah dan hidayah puncanya daripada Allah, Allah mengurniakannya kepada kita, dan kita menerimanya. Bagaimana kita menerimanya? Ia dizahirkan dalam banyak bentuk dan rupa, dan apabila kita dah menerima, maka tugas seterusnya adalah kita menyebarkan pula. Mad'u atau mutarabbi kita akan berhubung dengan kita mengenai tarbiyahnya, dan kita berhubung dengan murabbi kita sendiri mengenai tarbiyah kita. Tetapi yang paling penting dan utama di sini adalah komunikasi kita bersama Allah. Oleh sebab hal ini, saya mengatakan ia sebagai komunikasi 3 hala.

Ah. Panjang!
Back to our main point.
Dalam pembikinan sebuah usrah Islamiyyah sebagaimana yang telah diperkenalkan oleh IHAB, asas pertama yang harus dilakukan adalah proses Ta'aruf iaitu perkenalan. Bukankah pelik kita ingin membina suatu keluarga yang indah dan bahagia tetapi tidak pernah mengenali satu sama lain? Makanya, perkenalan itu penting. Perkenalan ini bukan hanya kita mengetahui nama, umur, dan perkara-perkara minor peribadi dia, tetapi kita mengetahui segala aspek mengenai beliau. Bukan mudah, ekoran pemikiran majoriti masyarakat kita pada masa kini. Orang yang terlalu baik dan tidak pernah dikenali sekarang dilihat sebagai seorang yang jahat, sedangkan tidak semua begitu. Itulah persepsi masyarakat sekarang. Makanya, kita kena usahakan juga. Dalam setiap ahli usrah ni, perkenalan adalah aspek paling penting, dan apabila aspek ini goyah, maka goyah jugalah usrahnya. Perkenalan ini mudah.

Saya mengambil jurusan kaunseling, dan pada suatu ketika dulu semasa kuliah yang membincangkan mengenai teori kaunseling, saya menemui sesuatu yang amat menarik perhatian saya. Saya telah diberikan peluang untuk berdebat mengenai satu teori iaitu Teori Pemusatan Insan/Klien (Person-centred Counselling) yang telah dipelopori oleh Carl R. Rogers. Dalam teori tersebut, Rogers telah mengemukakan 3 ciri untuk menjadi seorang kaunselor yang berkesan :
i) Empati
ii) Penerimaan tanpa syarat
iii) Kongruen

Mengapa saya amat tertarik dengan 3 ciri ni? Sebab ia mengingatkan saya mengenai naqibah saya, di mana naqibah saya telah berjaya melaksanakan 3 ciri ini dalam usrah kami. Berkenaan dalam kontek taaruf, saya amat tertarik dengan aspek penerimaan tanpa syarat. Apa yang saya boleh simpulkan dalam buku "Bagaimana Menyentuh Hati" dalam bacaan saya dalam beberapa babnya, seorang dai'e harus belajar untuk berkasih sayang, dan belajar untuk memahami dan bukan menghukum. Ia juga telah mengemukakan contoh bagaimana sahabat-sahabat dan juga Rasulullah sendiri berjaya untuk menyentuh hati-hati orang sekeliling sehinggakan mereka tertarik dengan Islam.

Ah, what's my point now? Hehe. Asif, menyimpang pulakkan~
Begini, dalam taaruf, penerimaan tanpa syarat adalah penting. Kita tak perlu endahkan apa yang pernah dilakukan oleh mereka. Kenapa? Eh, tanya diri sendiri. Anda tak maksum juga kan? So, mengapa nak menilai peribadi mereka gara-gara masa silam mereka. Kita harus terima mereka seadanya, barulah proses taaruf itu boleh berjalan dengan lancar! Gitu!

Ha. Apa lagi, bertaaruf lah. Sebab semakin banyak kenalan, semakin hebatlah jalan dakwah kita!


Sunday, September 15, 2013 @ 12:22 AM
Redha.
Baru-baru ini, saya dikhabarkan dengan satu berita yang cukup menggembirakan hati saya. Saya dapat berita gembira daripada sahabat-sahabat saya. Ah. Kita sedia maklum bahawa kemasukan baru untuk pengajian ke universiti baru saja dibuka haritu, dan alhamdulillah, the majority of my friends are able to further their studies in their respective courses. Mungkin ada yang masih tidak gembira dengan keadaan kehidupan baru mereka, tapi takpe. It's only the beginning.

Mabruk, sahabat-sahabat ku. Mabruk. Ana sangat bahagia. Senyum.
Dan juga dikhabarkan beberapa hari lepas, ada seorang sahabat saya ditawarkan untuk sambung belajar ke Manchester dalam bidang Human Resources Management, kalau saya tak silap. Alhamdulillah! Mabruk, sahabat! Your dream came true! Alhamdulillah. Saya terasa amat bahagia melihat kebahagiaan sahabat-sahabat saya.

Tetapi, tipu kalau saya cakap saya tak cemburu. Ah. Saya juga manusia seperti anda, sifat cemburu tu memang wujud dalam diri saya juga. Cemburu mengapa? Hm. Cemburu sebab saya masih berada dalam (penghujung) semester 3 saya dalam jurusan aliran sains sosial, dan lagi-lagi tambahnya saya cemburu sebab saya masih belajar untuk mendapat hanya segulung diploma, sedangkan golongan major sahabat-sahabat saya sudah masuk ke alam ijazah sarjana muda. Sahabat-sahabat yang sebaya dan satu sekolah, satu kelas, dan yang membesar bersama-sama saya sudah masuk ke alam ijazah sarjana muda, dan saya masih terbuai-buai di alam diploma.

Cemburu! Ah. Sebenarnya, kalau saya masih berada dalam zaman silam saya yang 'buta', saya akan terus merasa 'down' dan terus cemburu akan mereka. Tetapi, semenjak mengenal erti kehidupan sebagai seorang 'abid dan khalifah ni, saya mula faham, cemburu saya sekarang bukannya cemburu 'buta' lagi, tapi cemburu saya cemburu yang akan membangkitkan lagi semangat saya untuk terus maju ke hadapan.

Di kala sahabat-sahabat saya bergembira dengan alam baru mereka, saya masih mamai dibuai alam diploma saya. Truthfully speaking, my life is great despite the fact that saya masih di alam kolej diploma ni. Mengapa? Sebab saya cukup bersyukur yang Allah memberi peluang untuk saya menyambung juga pengajian, lagi-lagi dalam satu bidang yang memang saya minat dan ingini. Saya redha dengan ketentuan Allah dengan meletakkan saya di sebuah kolej swasta dan menjadikan saya sebagai seorang pelajar diploma.

Redha itu sesuatu yang payah bagi mereka yang tidak mengerti, tetapi wajarkah kita untuk terus mem'buta'kan diri dek kerana ke'ego'an diri dan dek kerana ketidakpuasan hati? Redha itu menerima tanpa syarat. Menerima segala ketentuan-Nya, dan yakin atas ketentuan-Nya. Payah sangatkah untuk redha? Tidak bukan? Sebab kita hanya mampu merancang, tetapi yang melaksanakannya adalah Allah, dan perancangan-Nya adalah lagi hebat daripada perancangan kita. Siapa kita untuk tidak menerima,sedangkan Dia yang menciptakan segala sesuatu di muka bumi ini? Senyum.

Syukur alhamdulillah. Saya redha dengan ketentuan Allah. Pasti ada hikmah di sebalik keberadaan saya di bumi yang penuh bersejarah ini, dan berada jauh daripada bumi Borneo nun di sana. Dan alhamdulillah, banyak perkara juga yang saya dapat daripada pengembaraan yang tidak seberapa ini, dan inilah permulaan hidup baru bagi saya.

Maaf sekiranya anda tidak memahami konteks post ini. I hope it brings you more benefits than harm, biidznillah.

---------------

Nota kaki :

Kepada semua sahabat ana, ana sangat kagum dengan kejayaan antum semua! Mabruk, sahabat! Mabruk! Ana harap antum semua akan terus tsabat, tabah dan cekal dalam menghadapi kehidupan baru di alam baru antum semua. InsyaAllah, semoga antum tetap berada dalam dakapan dan pelukan Illahi, dan insyaAllah, ana berharap kita semua akan bertemu lagi di Jannah.

Study today for our ummat's tomorrow. Ana selalu bicara tentang kepentingan ilmu, meskipun di mana jua kita berada. Innamal a'malu binniyat. Sertakanlah niat yang tulus ikhlas kerana-Nya dan tulus ikhlas untuk bersama-sama memperjuangkan Islam di muka bumi ini, sahabat. InsyaAllah, kita sama-sama bergerak dalam satu jemaah suatu hari nanti! Senyum.

Uhibbukum fillah! Abadan abada. Senyum.


Wednesday, August 21, 2013 @ 8:00 PM
Family.
Bila bicara fasal keluarga atau kekeluargaan, dan jika anda mengetahui siapa saya yang sebenar-benarnya, maka anda tahu bahawa topik perbincangan itu adalah topik yang amat sensitif bagi saya. It is not something new, nor is it something ancient. Ia merupakan topik di mana saya menjadi lagi cepat tersentuh dan akan cepat buat saya mudah untuk mengalir air mata.

Ah! Ini semua ayat sastera! Ayat poyo! Nak mintak simpati le tu!

Mungkin. Saya tidak menyalahkan anda jika anda ingin mengatakan saya ni nak publisiti ataupun nak kan perhatian dan simpati lebih. Gelak dengan gedik. Ah. Terlebih pulak. Hikhikhik.

Saya pernah teringat kata-kata seorang ikhwah kepada saya.
Eh, eh... Bukan main lagi minah ni denga ikhwah die! Kate jaga ikhtilat!

Sigh. That's not my point, and no, my relationship with this ikhwah is more like a brother-sister relationship. Not more and will never be more than that.

"A good dai'e will never look down upon others. A good dai'e is someone who looks at others with love and compassion. But an awesome dai'e is someone who loves others unconditionally, and also loves easily. To become a good and an awesome dai'e takes times and practice. But here's one simple tips from me : see everyone as if they're family. Because, in the Quran, in surah al-Hujurat : 10, the Quran says : Muslims are brothers, therefore make peace between two brothers and fear Allah that the mercy may beshown to you. Never forget that, little sister. Never forget that. A good dai'e practices love and understanding in life, not only just to preach. Dakwah is love, so spread the love, spread dakwah. Always keep this in mind, little sister. Always."

SubhanAllah.. Memang hebat akhi saya seorang ni! Memang hebat! Memang tak boleh dinafikan mengapa orang akan panggil ikhwah ni seorang yang amat, dan teramatlah osem!
Persoalannya sekarang, adakah saya (dan juga anda) mempraktikkan pemikiran yang sebegitu?

Sudah faham mengapa topik dan perbincangan mengenai keluarga itu sangat bermakna dan sangat menyentuh jiwa?
Keluarga telah lama didefiniskan sebagai orang yang mempunyai pertalian darah dengan kita, tetapi! Dalam konteks Islam, sesebuah keluarga itu bukan sahaja yang mempunyai pertalian darah dengan kita, tetapi, keluarga kita adalah orang yang mempunyai pertalian aqidah dengan kita! Saudara kita, baik lelaki, baik perempuan, sekiranya mereka adalah beragama Islam, tak kira lah mereka itu orang yang komited dengan Islam mahupun orang yang hanya memegang title Islam pada IC dan nama, mereka tetap dan sentiasa menjadi anggota dalam keluarga kita.

Saya ingat lagi topik perbincangan usrah saya beberapa bulan yang lepas. Naqibah saya tunjukkan video kepada kami mengenai istimewanya Islam ini, bukan hanya kerana Islam ini adalah satu gaya hidup, mahupun bukan hanya sekadar satu agama untuk dijadikan anutan, tetapi Islam ini sangat meluas, dan yang paling pentingnya Islam ini ialah... Islam ini satu keluarga yang besar! Satu keluarga yang apabila diamati dengan penuh keikhlasan dan penuh keyakinan serta kepercayaan penuh tanpa ragu adalah satu keluarga yang amat osem lagi bahagia!

Malangnya, umat Islam sekarang menganggap bahawa persaudaraan sesama aqidah itu tidak lagi mampu diwujudkan ekoran perubahan zaman dan peredaran bumi yang bergerak dengan laju ala-ala kereta Ferrari di medan litar Sepang! Ah! Begitu lah bunyi nya.
Kecewa, bukan?

Apakah yang membezakan kita sekarang dengan mereka yang dahulu kalanya?
Bukankah kita masih bergelar seorang Muslim? Biarpun kita tidak mempraktikkan segala suruhan-Nya pun, tetapi kita masih bergelar seorang Muslim. Dan dalam surah Hujurat ayat ke 10 itu secara terperinci mengatakan bahawa orang-orang beriman, yakni orang-orang yang mempercayai akan wujudnya Allah sebagai Tuhan, dan Muhammad sebagai Rasulullah dan utusan Tuhan. Apakah anda ingin mengatakan bahawa anda bukan orang-orang yang beriman? Sesungguhnya, apabila anda sudah mengatakan sedemikian, maka (naudzubillah min dzalik!) bukankah anda sudah berlaku syirik? Astaghfirullalazim!

Sahabat, saudaraku...
Kembalilah kita kepada fikrah Islamiyah yang kian hari kian pudar di muka bumi ini. Biarlah sedikit kita kembali, asalkan wujud juga bibit-bibit kesedaran tu.

Ah. Jauh kita menyimpang ni! Tapi bukankah itu kebenaran yang saya nyatakan tadi????

Ah.. Nanti kita sambung perbualan ini. Eheh!
Saya ada jemputan untuk ke program yang dianjurkan oleh sahabat. Makanya, kita berhenti sebentar ye!

WAH! Bajet iklan gitu! Hikhikhik.


Saturday, June 15, 2013 @ 2:03 AM
Terlupa.
Minggu pertama sekian seminggu berlalu orientasi untuk hadek-hadek semester 1 yang baru. Sebenarnya, minggu ni minggu yang amat sibuk dan amat menekankan emosi dan kudrat saya. Bukannya saya nak mengeluh, tapi memang kenyataannya, dan memang realitinya saya terasa amat penat dan pernah sampai saya tak sempat nak menjamu selera pun disebabkan terlalu 'packed' jadual. Ingat lagi 3 hari lepas, saya rasa sangat tertekan, dan akhirnya saya pun kalah, makanya saya pun menangis. Nak kata nya kat sini, memang dalam hidup ni, trials and tribulations are inevitable. Tapi, yang menjadi masalahnya is kita. Especially me.

Dengan jadual yang amat 'packed' dengan perjumpaan itu ini, dengan daurahnya, dengan usrahnya, dengan perjumpaan hadek-hadek lah, dengan laporanlah, dengan urusan peribadinya lagi, sampai memang saya tak jumpa masa untuk menjamu selera, maupun untuk tidur dengan lama. Payah dan sangat menekankan! Ibarat satu bebanan yang amat menekankan seluruh akal, hati dan jasad! Full satu set gitu! Itu belum lagi tambah dengan masalah-masalah peribadi yang harus difikirkan lagi. Memang minggu ni satu minggu yang sangat emosi bagi saya.

Masalahnya pada saya minggu ini adalah, kalau sebelum-sebelum ni saya juga amat sibuk, minggu ni, saya memang dah terlupa yang sesungguhnya Allah itu sentiasa ada bersama saya (kita), dan saya (kita) sentiasa boleh mengadu kepada-Nya. Tapi, hanya disebabkan saya terlalu sibuk melayan dunia dan terlalu sibuk memikirkan kendiri, saya jadi alpa dan lupa akan-Nya. Astaghfirullah...

Mengapa saya berkata demikian?
Sebabnya... Saya telah menangis bukan tujuan untuk menenangkan diri dan melepaskan kelemahan, tapi saya telah menangis kerana saya sedar saya semakin lemah dan saya tidak mahu dan telah berputus asa (sekejap) untuk bangkit kembali. Kalau nak diingatkan balik... Memang saya amat malu dengan diri saya sendiri dalam minggu ni.

"....Dan Allah sentiada berada bersamamu. Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan."
[Surah al-Hadid, 57 : 4]

Subhanallah... Memang saya terlupa akan ayat ni! Dan bila saya belek al-quran kecil lagi comel saya itu, baru saya tersedar bahawa selama ni, selama saya rasa sangat tertekan dan sangat kerdil, saya terlupa yang Allah itu sentiasa berada bersama. Saya lupa yang saya tidak keseorangan di dunia ini. Saya lupa yang dalam keperitan hati dan keresahan jiwa saya ini, saya ada sahabat yang masih bersama saya dalam perjuangan yang amat susah ni. Saya terlupa yang saya ini masih manusia yang punya kudrat yang sangat terhad. Allahu rabbi. Saya sangat malu!

Malu nya saya sebab saya terlupa.
Malu nya saya sebab saya telah membuat orang risau akan diri saya.
Malu nya saya sebab saya ingat saya boleh lakukan semua ini tanpa pertolongan siapa-siapa.
Malu nya saya sebab dalam tekanan jiwa dan emosi saya ini saya telah lukakan hati orang sekeliling saya.
Malu nya saya sebab saya pernah terfikir untuk berputus asa.
Malu nya saya sebab saya seorang hamba Allah yang sangat hina!!
Saya berasa amat malu!

Walaupun minggu ini minggu yang sibuk dan penuh dugaan dan cabaran, seorang sahabat (atau boleh dikatakan seorang saudara yang amat saya sayang fillah) telah mengorbankan masanya untuk cuba memujuk hati saya yang hanya (wallahu'alam) dia saja yang tahu dan memahami, walaupun saya tidak mengungkapkan apa-apa masalah pun kepadanya. Perkara kecil, tapi amat menyentuhkan hati ini, telah membuatkan saya bertambah malu, sebab saya dah lupa bahawa saya mempunyai seorang abang ataupun saudara yang saya boleh berkongsi masalah.

Manusia ini memang. Emosi takkan stabil selagi iman di hati tidak terpahat betul dan kena sasaran yang tepat.

Hanya Allah yang memahami apa kesusahan jiwa dan tekanan emosi yang saya alami minggu ini dan minggu sebelum ini. Sebab kalau nak diungkapkan dengan kata-kata, memang tak dapat lah!

Nota kaki, dan ditujukan khas kepada 'abang' saya itu...

Wahai abang, terima kasih sebab walaupun dengan kesibukan abang tu, abang luangkan jugak masa abang untuk saya. Abang korbankan masa untuk mengingatkan saya yang saya tidak keseorangan dalam hidup ini. Terima kasih tau, abang. Dan terima kasih sebab memberitahu saya yang walaupun kita tidak mempunyai satu talian persaudaraan, saya masih keluarga untuk abang. Di saat saya merasa 'down' dan tidak semangat, abang lah tempat saya cuba untuk mengadu dan minta pendapat. Dan insyaAllah wa alhamdulillah, you are not a terrible brother.

Maafkan saya, sebab saya seorang adik yang sangat tidak layak untuk dapat seorang abang macam abang.
Maafkan adik ye.
Saya pun sayang kat abang tau. :')


Monday, May 27, 2013 @ 1:53 AM
Sahabat.
Dalam diam diri ni rindu sangat. Rindu yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Rindu akan gelak tawa mereka. Rindu akan senyuman mereka. Rindu akan pertuturan mereka. Rindu akan bicara mereka. Rindu akan memek-memek muka mereka. Rindu akan monyok muka mereka. Rindu akan kehadiran mereka yang sentiasa di sisi.

Memang. Diri ini baru saja mengenal mereka.
Memang. Diri ini baru saja mencintai mereka.
Memang. Saya memang mengaku akan cinta saya terhadap mereka.

Hati ini rindu. Rindu akan kata-kata semangat mereka kala saya jatuh.
Rindu akan bantuan yang mereka bagi kala saya menangis.
Rindu akan motivasi dan teguran mereka yang amat mencairkan hati yang keras ini.
Rindu akan pelukan-pelukan sayang dan ciuman-ciuman pipi yang amat comel mereka.
Rindu akan kehadiran mereka. Sentiasa merindui.

Bila orang bicara pasal sahabat, sayalah akan menjadi orang pertama yang akan mengalirkan air mata. Sayalah orang pertama yang akan menjadi jiwang. Sayalah orang pertama yang akan tersenyum mengenangkan segala kenangan pahit manis bersama. Sayalah pencinta sahabat saya.

Tapi. Cinta saya terhadap mereka bukan kerana inginkan simpati dan empati mereka. Bukan. Cinta saya sebabkan Allah. Merekalah yang telah berpimpin tangan, bersama-sama berusaha untuk menggapai redha-Nya. Mereka adalah orang-orang yang telah berjaya menawan hati saya yang keras ni untuk kembali kepada Allah. Mereka adalah orang-orang tarbiyah. Merekalah usrah saya. Keluarga saya.

Sahabat..
Saya sayang anda.
Saya cinta anda.
Saya boleh mengalirkan air mata rindu kerana anda.
Saya ingin menggapai redha Allah bersama anda.
Tapi, yang penting...
Saya ingin berpimpin tangan, berpelukan masuk syurga bersama anda.

Sahabat.
Saya sayang anda.
Allah telah pertemukan kita di sini,
agar kita dapat sentiasa saling mengingati.
Ukhwah yang terjalin adalah,
ukhwah yang terbina atas dasar iman kepada-Nya.
Kasih sayang kita adalah,
kasih sayang kerana-Nya.
Sahabat...
Pegang erat tangan saya,
dan saya akan buat yang sama;
Saya nak masuk syurga bersama anda...




Tuesday, May 21, 2013 @ 3:44 PM
Know the difference.
There is a difference between the word 'KNOW', 'UNDERSTAND', 'BELIEVE' AND 'ASSURED'.
Perkataan 'tahu', 'faham', 'percaya' dan 'yakin'. Hehe.

Kita boleh kata kita tahu, tapi kita tak faham.
Kita faham, tapi tak percaya.
Kita percaya, tapi tak yakin.
Ada juga situasi kita tahu dan faham, tapi tak percaya dan yakin.
Ada juga situasi di mana kita tahu, faham, percaya tapi tak yakin.
Ada juga situasi di mana kita tak tahu, tapi kita yakin.
Situasi-situasi lain juga ada dengan hanya 4 perkataan ni.
Words are amazing things, right? Wink.

First and foremost, let's list these words and define them :
1) KNOW : Become aware of or have knowledge
2) UNDERSTAND : Perceive the significance, explanation or cause
3) BELIEVE : To accept a statement of truth
4) ASSURED : Confident.

Now, what's with these words?
Aha! Itu adalah masalah kita. 4 perkataan ni adalah masalah kita.

Kakak naqibah saya pernah story satu kisah.
Kisah tentang pemanah dan orang awam.

The story goes.. [That is if I can remember it correctly, but do pardon me if anything is wrong]
One day, a man came to a village and announced to the villagers about his skills in archery.
"I am great in archery. Do you believe me?" he asked the villagers.
The villagers nodded their heads and profusely answered "Yes, we believe you."
"But, are you confident that I am the best in archery?" he asked, again.
"Yes. We do." the villagers answered, obediently.
"If so, then I need a volunteer to stand over at that tree over there with an apple on his head and let me shoot it with my bow and arrow. So, any volunteers?" he asked, hands on waist.
But, to his dismay, no one volunteered themselves. Then, he heard a voice in the corner, "I'll do it!".
He turned, and saw that it was his son.
"I'll do it, Papa, because I believe in you and I trust you can do it." he smiled, getting an apple and running towards the distant tree.

Now.. The story ends here.
But, can you get the lessons from it? Eheh! ;)

Sekarang anda tahu, anda faham, anda percaya dan anda yakin! Cayalah, bro! 

PS : Maaf lah kalau anda tidak faham akan konteks post ini. Segala pertanyaan boleh di buat di mana-mana saja. kekeke. Usaha tangga kejayaan, eh! Senyum.




@ 2:37 PM
Sedarkah kita?
Wahai pemuda,
sedarkah kita yang kita adalah generasi untuk membangkitkan kembali syiar Islam yang sekarang menjadi satu hinaan kepada dunia?

Wahai umat Islam,
sedarkah kita bahawa hari Kiamat semakin menghampiri dan pemuda-pemuda kita semakin hari semakin lalai?

Wahai pemuda,
sedarkah kita tentang keistimewaan Islam dalam kehidupan untuk diri kita, dan juga untuk dunia?

Wahai umat Islam,
ingatkah lagi kita tentang semangat perjuangan dan semangat jihad yang dahulunya kuat di kalangan kita, tetapi semakin lemah dan semakin menghilang sekarang?

Wahai pemuda,
indatkah lagi kita tentang perjuangan Sultan Muhammad al-Fateh yang dapat menawan Kota Konstatinopel dalam usia 20-an nya, tetapi kita leka dengan duniawi sekarang?

Wahai saudara-saudaraku,
ingatkah lagi kita tentang tujuan hidup kita di dunia ini?
Inatkah lagi kita janji-janji Allah kepada kita sekiranya kita betul-betul beriman kepada-Nya?
Sedarkah kita tentang realiti-realiti umat kita yang semakin hari semakin tenat sekarang?
Sedarkah kita apabila kita tengah seronok berada di bangku ad-Din, tetapi kita tidak menghiraukan saudara-saudara kita yang lain yang lemah terbelengkalai di sana?

Sedarkah kita, kita telah tidak sengaja menghina dengan hati dan mata akan orang-orang yang kurang atau tiada gah ad-Din dalam diri mereka?

Saudaraku,
percaya kah anda bahawa pengakhiran zaman dan dunia kita semakin hampir, dan kita terus lalai dimamah nikmat dunia?

Sedih lah anda, tetapi, kesedihan anda tidak dapat mengubah apa-apa, sekiranya anda tidak mengubahkannya sendiri dengan usaha anda.

Saudaraku,
bangkitlah, dan bangunlah kembali Islam di muka bumi Allah ini.
Jadikanlah Islam sebagai Ustaziatul Alam sepertimana para sahabat-sahabat, para tabi'in, para tabi' tabi'in telah berjaya melaksanakan suatu ketika dahulu.
Sedarlah wahai saudaraku.
Sedarlah.



it is a lifestyle.